Khamis, 8 April 2010

TERKINI: Anwar Hantar Surat Kepada Agong Mohon Batal Kontrak Israel-Zionis

TV SELANGOR


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin memohon supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal segala bentuk kontrak dengan Israel yang menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata, surat tersebut ditulis bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Anwar pada sidang media di Parlimen tadi berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," katanya.

Tiada ulasan: