Rabu, 14 April 2010

Speaker Berhak Tegur MP Berkelakuan Melampau

tajudin Oleh Fazy Sahir


KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat berhak memberi amaran kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ekoran kononnya mengugut anggota Parlimen DAP-Ipoh Barat M Kulasegaran di luar Dewan Rakyat Khamis lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, "melalui kapasiti Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker, beliau harus melaksanakan tugas tanpa berpihak kepada sesiapa."

Beliau berkata, "Speaker Parlimen merupakan orang yang menggunakan kuasanya dan jika beliau merasakan seseorang anggota parlimen itu berkelakuan melampau, adalah menjadi tugasnya untuk membuat teguran. Saya fikir apa yang beliau lakukan adalah betul.

"Tidak kira daripada BN (Barisan Nasional) atau luar BN, ada etika tertentu yang kita perlu patuhi.

Jika beliau merasakan anggota Parlimen itu berkelakuan melampau, beliau ada kuasa untuk menegurnya dan melakukan apa yang patut," katanya.

Pada persidangan dewan pagi ini, Pandikar bertindak memberi amaran keras kepada Tajuddin berhubung dakwaan Kulasegaran bahawa beliau menerima ugutan di luar dewan minggu lalu.

Dalam pada itu, Tajuddin yang ditemui luar dewan berkata beliau tidak menerima amaran tersebut dan berpendapat tidak melakukan sebarang kesalahan. Malahan beliau mengakui bersedia menerima sebarang tindakan ke atasnya.

"Saya tidak menerima kesalahan ini. Kamu beritahu Speaker saya tidak menerimanya.

Saya bersedia menghadapi sebarang tindakan ke atas saya. Ia tidak adil untuk meletakkan kesalahan ini kepada saya tanpa sebarang sebab, apa sebabnya?" soal Tajuddin.

Demokrasi bukan lesen

Beliau berkata, "saya tak ugut. Saya beri amaran kepada Kula, mulut jangan celupar. Ucapan walaupun dalam dewan dan luar dewan jadi tabiat, mencerca, menghina dan mengutuk. Ini tidak bermakna demokrasi menjadi lesen untuk anda kutuk, cerca dan fitnah orang."insidepix1

Beliau menjelaskan tindakannya itu bukan menghina Pandikar sebagai Speaker tetapi adalah tidak adil untuk menegurnya tanpa sebab.

Malah beliau telah dipanggil oleh Speaker, dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku tetapi tidak dimaklumkan mengenai amaran diberikan kepadanya.

"Sekiranya Speaker mahu memberi amaran keras, ramai lagi anggota parlimen lain seperti Lim Kit Siang, Kulasegaran, Anwar Ibrahim yang boleh dikenakan tindakan tersebut terutama yang kerap tidak menghormati Speaker ketika dalam dewan.

Pergi lihat hansard dua tahun lepas. Saya tidak gembira mengenai hal ini," katanya.

Sementara itu, Kulasegaran berkata beliau akan membuat laporan polis sekiranya Tajuddin tidak mengambil sebarang tindakan termasuk memohon maaf selepas diberi amaran hari ini.

Saya tidak melakukan perkara itu dan semua boleh lihat blog saya.Jika dia (Tajuddin) tidak berpuas hati dia perlu membuat laporan polis atau saman saya," katanya."Saya ingin tegaskan segala dakwaan yang dibuat Tajuddin adalah tidak berasas.Saya tetap dengan pendirian bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan terhadapnya," jelas beliau di lobi parlimen pagi tadi.

Tiada ulasan: