Sabtu, 17 April 2010

Zaid tumpu isu perbandaran bagi menarik hati pengundi

SINAR HARIAN ONLINE


HULU SELANGOR - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan memberi tumpukan kepada masalah keselesaan rakyat dan pembangunan yang diperlukan oleh para penduduk Hulu Selangor.

"Saya rasa dengan pengalaman menjadi menteri, (dengan) pengalaman (yang ada) saya rasa saya boleh selesaikan lebih banyak masalah, masalah perbandaran ..longkang, perumahan," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam sidang akhbar selepas penamaan calon pilihan raya kecil parlimen itu di Kuala Kubu Baru di sini hari ini.

Zaid berkata, hubungan rapatnya dengan Kerajaan Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang akan memudahkan lagi beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penduduk Hulu Selangor, termasuk membawa masuk pelaburan untuk merancakkan lagi kegiatan ekonomi di situ.

Justeru itu beliau berkata, isu bahawa beliau bukan orang tempatan bukanlah satu isu utama.

Walaupun dikatakan sebagai orang luar, Zaid berkata beliau telah menetap di Petaling Jaya selama 30 tahun dan calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan juga bukan anak tempatan.

Tiada ulasan: