Selasa, 13 April 2010

Setelah Sepenggal Setengah Umno/BN Merampas Pemerintahan


http://buletinonline.net/images/stories/berita23/IMG_0283.JPG- Kualiti Hidup Rakyat Terengganu Tidak Berubah


KUALA TERENGGANU – Rakyat menunggu-nunggu satu perubahan besar yang dijanjikan oleh Umno/BN sejak zaman Bekas menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh hinggalah zaman Dato’ Ahmad Said.
Namun, hingga kini, tiada perubahan besar yang berlaku dalam kualiti hidup rakyat negeri Terengganu.

”Rakyak sebenarnya menunggu dari zaman sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 di bawah pimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh dan Dato’ Ahmad Said sekarang,

”di zaman Idris Jusoh dahulu (janji) hendak buat pembangunan yang tidak pernah dilihat dan memang ada sungguh iaitu Monsun Cup yang membelanjakan melebihi RM300 juta setahun,

”bila tiba Dato’ Ahmad Said pihak rakyat menunggu lagi. Jika di zaman Dato’ Seri Idris Jusoh diwar-warkan pembangunan dan sebagainya, zaman Dato’ Ahmad Said rakyat tunggu tetapi nampaknya, Dato’ Ahmad Said tidak mampu hendak buat sesuatu dan mungkin tidak ada duit,”Ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Menurutnya, tidak ada keadilan dalam pemerintahan kerajaan Umno/BN Terengganu kerana dasar negeri yang tidak seimbang.

Pengagihan bantuan-bantuan kerajaan, katanya, dibolot oleh golongan tertentu sahaja.

“Jika dasar kerajaan sudah tidak seimbang maka, pembahagian pun tidak seimbang dan ini berlaku rata-rata di peringkat kampong,

”tidak jelas, siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, bantuan pertanian, bantuan nelayan dan tender-tender, semua dibolot oleh orang-orang tertentu sahaja,”jelasnya.

Bahkan, beliau berkata, diskriminasi terus berlaku di peringkat bawah dengan tindak tanduk yang ditunjukkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Oleh itu, katanya, rakyat perlu melihat realiti sebenar dan tidak hanya mendengar slogan-slogan dari media dan percakapan-percakapan politik dari Umno/BN.

”Cuba tengok keadaan muda-mudi kita sekarang yang sangat menyedihkan, Kita kena tengok bagaimana akhlak umat hari ini untuk melihat sesebuah pemerintahan itu berjaya,

”Apa kualiti muda-mudi kita sekarang ini. Apa kualiti hidup masyarakat semasa (zaman) kita sekarang ini. Apakah memiliki suatu daya untuk mereka berubah?,”soalnya.

Tiada ulasan: