Isnin, 12 April 2010

Selangor Mahu Dr Pornthip Beri Keterangan Dalam Inkues Teoh

BERNAMA

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mahu ahli patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand memberikan keterangan dalam inkues bagi mengetahui punca kematian pembantu politik Teoh Beng Hock yang akan bersambung 20 April ini.

"Bagi diri saya, kami masih mahu Dr Pornthip datang ke sini dan membantu dalam menentukan punca kematian Teoh," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar selepas majlis perasmian penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Beliau berkata jika Dr Pornthip tidak dapat datang ke sini atas sebab-sebab tertentu, beliau boleh memberikan keterangan melalui Internet.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat suruhanjaya itu di tingkat 14 bangunan yang sama.

Abdul Khalid mengulas laporan bahawa Dr Pornthip keberatan memberikan keterangan kerana mendakwa menerima tekanan daripada pihak tertentu.

Tiada ulasan: