Harakahdaily |
11.40pagi: Calon bebas, Johan Mohd Diah ketika ditanya apakah agenda dan sebab masuk bertanding, beliau hanya menjawab "No komen, saya akan terangkan ketika berkempen". 11.25 pagi: SPR mengumumkan 4 orang calon layak bertanding. Datuk Zaid Ibrahim (PKR), P.Kamalanathan (BN), dan dua orang calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah. Proses penamaan calon selesai dan para penyokong mula bersurai. Dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah, masing-masing peniaga turut menyerahkan borang pencalonan selain Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan P Kamalanathan (BN). Anuraadha a/p Jeyasingam pula mendakwa dihalang polis hampir 1 jam di luar kawasan penamaan calon sehingga mengakibatkan beliau terlewat menghantar borang selepas jam 10 pagi. Ujarnya, MIC tidak ada hak menghalang beliau menawarkan diri sebagai calon Bebas walaupun merupakan penyumbang utama dana kepada MIC. Tambahnya lagi, beliau menjadi calon atas kemahuannya, bukan ditaja oleh mana-mana pihak. 9.42 pagi: Di bawah khemah Pakatan: Pemimpin BN dan Pakatan Rakyat mengambil peluang saling bertanya khabar sementara menunggu calon masing-masing selesai menyerahkan borang pencalonan.
Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pegawai Pengurus Pilihanraya P.094 mengumumkan buka penyerahan borang penamaan dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. Manakala Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub di dewan pencalonan membuat bantahan tentang beberapa kain rentang mewakili Umno BN di kawasan larangan yang ditetapkan oleh SPR.
Penyokong Pakatan Rakyat dianggarkan lebih 10 ribu. Penyokong Pakatan kini berkumpul di hadapan sekatan polis. Mereka melaungkan "Hancur Umno", "Altantuya Mongolia".
Menurut beliau, kedatangan mereka sebagai tanda protes pada kerajaan kerana merampas tanah adat Orang Asli di Pahang.
Dijangkakan lebih 7ribu penyokong Pakatan Rakyat, termasuk 3,500 jentera berdaftar dari PAS, PKR dan DAP. Menunggu perbarisan teratur, seorang pimpinan Pemuda PAS memimpin bacaan doa wahdah, isyarat menentang kerjasama Kerajaan Pusat dengan Firma Perundingan Antarabangsa APCO Worldwide yang pro Zionis Israel.
8.13 pagi: Penyokong sedang menunggu ketibaan calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
7.54 pagi: Penyokong Pakatan akan mulakan perarakan Bertempat di perkarangan Pasar Awam Kuala Kubu Baru, sukarelawan Pakatan Rakyat sedang membuat persiapan perarakan ke kawasan Penamaan Calon, Dewan Serba Guna KKB.
7.44 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat akan mula berarak ke stesen bas Kuala Kubu ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru
7.38pagi: Penyokong Pakatan Rakyat mula memenuhi tempat berkumpul yang dikhaskan pihak keselamatan, kira-kira 50 meter dari tempat penamaan calon. |
Sabtu, 17 April 2010
Sekitar penamaan calon PRK P.094 Hulu Selangor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan