Jumaat, 9 April 2010

SAMPAI BILA SAIDATUL DIGELAR ‘PELACUR’ POLITIK?

Oleh : HALIK ZAMAN

KALAU di Sabah, cerita Saidatul ‘Bad’ anak Tun Said ini bukan sedikit orang yang tidak tahu kerana sifat beliau sebagai kaki 'Kelentong No.1' yang digelar ‘Pelacur Politik’. Tiada orang Sabah percaya wanita kaki temberang serupa Saidatul ‘Bad’ ini. Dulu apa boleh buat kerana hanya parti PKR sahaja yang terima beliau memimpin sementara, itupun pimpinan stail kekampungan. Tidak ramai ahli yang minat PKR ketika itu.

Kelmarin, (8 April 2010 tersiar di Utusan Malaysia) Saidatul ‘Bad’ menyarankan ahli PKR supaya berwaspada dengan taktik Dato Seri Anwar Ibrahim, Dato Seri Wan Azizah serta Azmin Ali. Kononnya beliau paling rapat dan lebih tahu cerita mereka. Cerita Soi Lek pun dia tahu, tapi dia tidak mahu cerita kerana cerita itu ada fakta.

Seperti biasa semacam lagak temberang Ezam Mohd. Noor, yang simpan rahsia Anwar berkotak-kotak itu, hingga sekarang 'habuk pun tarak'. Tidak kurang pula ‘Saidatul Bad’ lakonannya semacam wanita 'tukang kipas' dalam filem Tamil Nadu dan ‘Pelacur Murahan’ dalam filem James Bond. Ada sahaja yang dia tahu yang orang lain tidak tahu. Boleh percayakah wanita ini yang memberi ugutan kepada ahli-ahli PKR setiap ada Pilihan Raya Kecil?

Semakin hebat penghinaan yang Saidatul hadiahkan kepada Dato’ Seri Anwar dan keluarganya, dengan tidak melupakan untuk membabitkan sekali Azmin Ali. Barangkali ada ‘imbuhan’ baru masuk agaknya? Itu yang semangat untuk memburukkan Anwar, Wan Azizah dan Azmin semakin membara. Maklumlah jika tidak tetap iman melihatkan ‘juadah RM’ yang terhidang depan mata, bisa luntur segala iman di dada.

Bila iman telah luntur itu yang membangkit semangat memfitnah dan memburukkan orang lain dek kerana limpahan imbuhan melimpah ruah. Setiap kali ada pilihanraya kecil, pasti akan keluar cerita-cerita yang kurang enak di dengar mengenai Anwar dan keluarganya dari Saidatul ‘Bad'.

Begitu besar peranan RM dalam kehidupan seseorang yang opportunis dan materialistik. Bila diasak lagi dengan imbuhan, maka bangkitlah sang 'Dewi Dewangga' berhabis-habisan mengutuk dan memperlekehkan maruah Anwar dan keluarga.

Mungkin kerana mereka beranggapan dengan menjatuhkan maruah dan kredibiliti Anwar, maka pengundi-pengundi akan beralih arah dan kembali mengundi UMNO? Mimpilah anda di siang hari wahai Saidatul ‘Bad’!

Mungkin anda tidak sedar atau pura-pura tidak mahu sedar bahawasanya rakyat Malaysia sudah bosan dengan segala taktik dan propaganda kotor yang UMNO/BN sering pergunakan untuk melemahkan semangat para penyokong Pakatan Rakyat?

Buatlah apa sahaja, taburlah fitnah merata-rata, karanglah cerita sesedap rasa, rakyat Malaysia tetap tidak akan mempercayainya. Generasi muda kini sudah dapat menilai batu, intan atau permata. Cuma Saidatul ‘Bad’ sahaja yang masih dibuai mimpi-mimpi enak dari laungan manusia seperti para pengkhianat PKR yang bakal ditolak oleh para pengundi.

Kepada Saidatul, tahniah kerana mereka-cipta satu lagi karya fitnah hebat, walau tidak akan menjadi Box-Office, tapi ‘cerita dongeng purbakala’ anda ini mampu menarik lebih banyak simpati dan perhatian rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat. Syabas.

Adakalanya kasihan juga kita lihat nasib Saidatul ‘Bad’ ini, ke sana-sini menyorong ‘cerita murahannya’ minta perhatian ‘pihak atasan’, tapi seolah-olah tidak diendahkan ‘pengorbanan kotor’ yang dilakukan.

Begini sahajalah Saidatul ‘Bad’, susah-susah sangat masuk sahaja parti Pasok. Untung-untung boleh jadi Presiden parti Pasok. Dapat berdiri setanding Wan Azizah. Biarpun parti tidak popular, yang penting jawatan Presiden itu yang glamour untuk Saidatul.

Tiada ulasan: