Sabtu, 3 April 2010

Projek mee segera di Hulu Selangor.

Oleh shahil



."Assalaamuaalikum dan salam hormat. Saya sangat tertarik dengan kenyataan Noh Omar dalam berita jam 7.00 pagi 3hb. April, 2010 di TV3.Kenyataan beliau disambung dengan perkataan "...banyak tembelang kerajaan sekarang, janji-janji dan lain yang perlu kita dedahkan..."Amboi sukanya saya nak mendengar pendendahan itu.

Bagi saya baguslah niat untuk menelanjangkan segala tembelang kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan PR. Namun haruslah Datok ini berfikir dua tiga kali sebelum berbuat demikian kerana PR bukan sahaja akan menelanjangkan BN tetapi memburaikan perut BN dengan pedang samurai.

Namun banyak juga perkara yang pemimpin BN lakukan belum di telanjangkan. Ia tertutup rapi dari pengetahuan seantero Malaysia tetapi hanya seantero penyokong PR sahaja. Semua sedia maklum kerana PR tidak memiliki media sendiri. Yang ada hanyalah internet dan media berkala.

Isu rumah mantan bak istana MB belum selesai, isu-isu zaman tok nenek seperti dikatakan mantan MB tidak nampak jentolak haram meratakan tanah di hadapan pejabatnya belum selesai. Semuanya belum selesai wahai Datok Noh. Tak larat nak menuliskan semua yang "belum selesai" itu.

Semua rakyat Malaysia mahukan kerajaan yang adil. Rakyat Malaysia mahukan kerajaan yang tidak membazirkan wang rakyat. Rakyat Malaysia mahukan pembangunan setiap masa bukan pembangunan mee segera. Pembangunan mee segera akan berhenti serta merta pada malam keputusan pilihanraya jika didapati PR menang.

Hulu Selangor itu walaupun hulu, ia setanding dengan kawasan tengah negeri kelahiran saya, Pahang, kalau tidak kawasan bandar. Hulu Selangor tidaklah hulu seperti Hulu Tembeling. Namnun masih ada hulu di Selangor yang mana negeri itu adalah nadi Malaysia.

Namun kita berharap rakyat Hulu Selangor akan sedar bahawa mee segera tidak baik untuk kesihatan. Mee segera banyak ajinomoto yang akan meluruhkan rambut. Mee segera tidak tahan kenyangnya dan akan lapar dengan segera, seperti namanya mee segera.

Mee segera Hulu Selangor akan menjadikan rakyat Hulu Selangor lapar serta merta pada malam pengiraan undi jika PR menang semula.


Tiada ulasan: