Isnin, 5 April 2010

PRK Hulu S’ngor : Khalid Jaafar berkempen di Face Book ?

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Khalid Jaafar, salah seorang Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, dilihat mendapat sokongan sebagai calon bagi mewakili PKR dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor apabila penyokong beliau dilihat memulakan kempen di Facebook.com.

Facebook yang menyokong beliau juga cukup jelas tertera perkataan ‘sokong Khalid Jaafar sebagai calon MP P94 Hulu Selangor’ dikendalikan oleh empat orang ‘admin’ iaitu Farah Afzan, Hilman Idham, Fakhri Affandi dan Saifuddin Shafi Muhammad.

Pada ruangan maklumat juga tertera perkataan yang secara jelas menyokong bekas Majlis Pimpinan PKR Negeri Melaka itu.

Menurut maklumat itu, Khalid Jaafar ialah seorang ahli falsafah, akadamik, strategi , politik , penasihat, pejuang dan sahabat rakyat.

“Ruangan ini adalah untuk memberi sokongan padu kepada Khalid Jaafar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor 2010,” kata kenyataan yang tertera di laman sosial itu. Di sini

Sementara itu, Khalid yang duhubungi erapakatan.com memaklumkan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu berhubung kumpulan yang menyokong beliau sebagai calon walaupun beliau antara nama yang disebut-sebut sebelyum ini.

"Secara kebetulan, saya pun ahli Facebook dan mungkin mereka yang mengenali saya yang membuat akaun itu dan saya langsung tidak tahu menahu mengenainya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, sesiapa pun yang dicalonkan parti, beliau akan akur dan memberi sokongan penuh sambil melahirkan keyakinannya bahawa PKR bersama Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mengekalkan kerusi itu tetapi juga berupaya menambah majoriti pada kali ini.

Tiada ulasan: