Jumaat, 9 April 2010

PRK Hulu Selangor: Jentera BN Terjejas, MCA Masih Lagi Berpecah

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM - Persediaan jentera Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dan keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu terjejas ekoran tindakan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun meletak semua jawatan di dalam kerajaan dan parti semalam.

Pengarah Strategik KEADILAN Tian Chua berkata peletakkan jawatan Mei Fun akan menyebabkan krisis kepercayaan masyarakat Cina terhadap parti tersebut dan seterusnya memangnya menjejaskan jentera BN di Hulu Selangor

"Ini menunjukkan keretakan dalam kepimpinan BN terutamanya dalam MCA.

"Apa yang berlaku di dalam parti tersebut menunjukkan parti itu masih lagi bermasalah dan kumpulan di dalam parti itu masih lagi tidak bersatu walaupun sudah bertukar presiden.

"Sayap parti terutama Wanita dan Pemuda tidak memberikan sokongan mereka kepada Presiden MCA yang baru, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Saya juga nampak perletakan jawatan ini tidak dapat membentuk satu pasukan yang kuat menyebabkan masyarakat Cina tidak lagi memberikan kepercayaan mereka kepada parti tersebut," ujar Tian yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam cuba menafikan persiapan jentera wanita BN bagi PRK Hulu Selangor pada 25 April ini terjejas akibat peletakkan Mei Fun.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga cuba menyembunyikan kegusaran mengenai kemelut dalaman MCA yang menjurus kepada peletakan jawatan Ketua Wanita parti itu.

"Jadi, kita harus bekerja pantas, kita kesuntukan masa, kita harus membaiki keadaan dengan segera," kata belioau semalam.

Chew meletakkan semua jawatannya di dalam kerajaan dan parti selepas mengumumkan perkara tersebut minggu lepas.

Tiada ulasan: