Ahad, 25 April 2010

PR berpeluang atasi BN

Oleh Erapakatan

MEDIA Barisan Nasional (BN) menabur propaganda bahawa pusat-pusat mengundi dikuasai oleh penyokong Pakatan Rakyat dari luar Hulu Selangor. Namun apa yang sebenarnya terjadi adalah kebangkitan masyarakat Melayu di kawasan kubu kuat BN di Kampung Rasa, Ulu Yam, Ulu Bernam dan banyak lagi.

Tinjauan Erapakatan di Hulu Selangor mendapati BN menguasai pusat-pusat mengundi pada sebelah pagi. Begitu ramai anak-anak muda yang menjulang bendera BN dan meneriakkan slogan 1Malaysia.

Selepas pukul 11.00 penyokong PR mula menguasai suasana. Di pusat mengundi Sekolah Mengengah Sungai Buaya penyokong PR lebih ramai daripada BN. Lawatan Najib pada hari Jumaat menjanjikan penyelesaian masalah tanah peneroka Sg Buaya dib alas dengan kain rentang mengecam janji tersebut.

Pampasan adalah hak penduduk dan "interchange denyut nadi kami, BN tipu lagi" merujuk kepada menyelesaian BN untuk membuka satu pintu masuk dari lebuhraya PLUS bagi menaikkan semula nilai tanah di Sg Buaya.

Di Sekolah Kebangsaan Kampung Long, Rasa pula penyokong PKR menguasai jalan raya (gambar) di hadapan sekolah yang dijadikan pusat mengundi. Penyokong BN hanya berada dalam dua kelompok bertentangan jalan.

Tinjauan mendapati mereka bukanlah orang luar yang membuat kecoh seperti dilaporkan media arus perdana sebaliknya anak tempatan yang muak dengan segala kebejatan BN. Malah kereta dan motorsikal yang mengibarkan bendera parti-parti PR juga kelihatan milik penduduk tempatan.

Di Rasa ada pengundi yang mengambil poster Zaid Ibrahim dan Anwar setelah selesai membuang undi. Ada pula mengambil bendera PKR untuk diletak di dalam kereta. Suasana ini jarang dilihat kecuali di Kelantan pada pilihan raya 2008 lalu. Dan mereka adalah orang Melayu!.

BN mengisytiharkan Batang Kali dan Rasa kubu kuat mereka. Orang Melayu akan setia bersama Umno. Tidak seperti Cina dan India yang berpaling tadah pada PRU ke-12 lalu sehingga member kemenangan kepada Allahyarham Zainal Abidin Ahmad.

Sementara itu, suasana di Bandar Kuala Kubu Baharu tenang dan menyebelahi PR. Bandar ini dikuasai kaum Cina dan penyokong Cina tempatan kelihatan lebih ramai daripada BN. Di sini juga tidak ada bukti PKR mengimport penyokong dari luar.

Kelihatan Cina tua menunggang motorsikal dengan stiker penuh di badan motor dan di topi keledar. Begitu juga di Batang Kali seorang pakcik Melayu menaiki motorsikal dengan bendera PKR dan PAS di sangkut pada motor dan tidak memakai topi keledar. Tidak mungkin dia menaiki motorsikal dari Kuala Lumpur atau Perak tanpa topi keledar!

Bagaimanapun Erapakatan tidak meninjau suasana mengundi di kawasan Felda Gedangsa dan Sungai Tengi yang juga kubu kuat Umno. Namun begitu suasana yang memberangsangkan di Batang Kali (kubu bekas MB Muhammad Mohd Taib) dan Rasa boleh dibuat perkiraan PR akan mendapat undi Melayu yang lebih baik dalam pilihan raya kecil kali ini.

Tiada ulasan: