Sabtu, 17 April 2010

Polis nafi halang wanita jadi calon Bebas

SINAR HARIAN ONLINE


HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan seorang wanita bahawa beliau dihalang untuk menyerahkan borang permohonan bagi bertanding atas tiket Bebas, pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, wanita terbabit, berusia 30-an sebenarnya tiba lewat, iaitu kira-kira jam 9.55 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya..tidak sekat mana-mana calon untuk daftar..mana-mana calon yang hantar borang kita cuba tolong segerakan.

"Kita tidak menghalangnya sebaliknya cuba membantu beliau yang tiba lewat itu untuk menghantar borang pencalonan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penamaan dibuka 9 pagi dan ditutup 10 pagi.

Empat orang, termasuk dua calon Bebas telah menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor 25 April ini.

Tiada ulasan: