Jumaat, 23 April 2010

Pimpinan Umno gagal batalkan saman

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Permohonan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi gagal untuk membatalkan saman yang difailkannya terhadap tiga usahawan pada tiga tahun lalu ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 21 April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof di dalam kamarnya semalam.

Mahkamah turut memberi tempoh selama sebulan kepada Zahid yang juga Naib Presiden Umno itu untuk memfailkan pernyataan pembelaannya berhubung saman itu.

Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 39, selaku plaintif memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi terhadap Zahid yang didakwa telah mencederakannya.

Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Zahid yang juga Menteri Pertahanan menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada 29 Ogos 2007, Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh-temeh.

Amir Bazli dalam pernyataan pembelaannya pula mendakwa permohonan menteri itu untuk membatalkan saman berkenaan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak berasas.

Amir Bazli diwakili oleh peguam terkemuka di negara ini Karpal Singh dan Sangeet Kaur Deo sementara Zahid diwakili oleh peguam Shashi Menon dan Shamsul Bahrain Ibrahim.

Tiada ulasan: