Jumaat, 9 April 2010

Pilihan Raya Kecil Tarif Elektrik:,tunjukkan protes anda pada BN

Oleh Musafir Lalu


Seminggu yang lepas, adik ipar saya berkunjung kerumah saya bersama suaminya (kira biras la). Semasa saya bersembang dengan Biras saya, beliau menanya kepada berkenaan bil api kat rumah dia.

Katanya, dulu bil api dia setiap bulan lebih kurang RM 240 - RM 260 tapi sekarang sudah sampai RM 330 - RM 350. Beliau tanya saya, adakah tarif elektrik telah naik pasal tambahan yang beliau perlu bayar amat tinggi sedangkan kegunaannya sama sahaja seperti dulu.

Bila tanya saya, saya katakan kemungkinan meter beliau rosak dan saya syorkan agar beliau bawa bil-bil beliau yang lepas dengan yang terbaru ke pejabat TNB buat aduan. Saya katakan lagi berkemungkinan TNB telah mengubah meter baru mereka agar putaran lebih cepat.

Bagi pendapat saya, apabila sesuatu perniagaan dimonopoli oleh satu pihak sahaja, mereka boleh melakukan apa sahaja untuk mengawal. Oleh itu apa yang mereka lakukan ialah mengaut seberapa banyak keuntungan tanpa memikirkan pengguna itu kelas bawahan ke, miskin ke, kurang kaya ke atau pun memangnya miskin.

Ingatkan rumah adik ipar sahaja yang kena, rupa-rupanya saya pun terkena juga bila terima bil yang terbaru semalam. Saya kena lagi dahsyat, biasa kegunaan tiap-tiap bulan dalam lingkungan RM 115 - RM 125. Kali ini memang dapat durian runtuh, tengok bil pun terkejut beruk.... RM 332.87 sedangkan bil terakhir saya ialah RM 118.10.

Ini baru betul wahai Najib One Malaysia........ RAKYAT DIDAHULUKAN. Hang nak bagi RAKYAT DIDAHULUKAN makan pasir, bil istana hang puluh ribu tiap-tiap bulan bukan hang yang bayar...... RAKYAT DIDAHULUKAN yang tukang bayar.

Buat pengundi Hulu Selangor, sekarang kuasa mengundi dah kat tangan, inilah masanya untuk anda mewakili kami sebagai rakyat Malaysia agar menolak BN yang korup itu.

Mungkin anda belum terkena lagi kerana Umno/Bn sedang menunjukkan sikap 'pijak semut tak mati'. Inilah masa untuk anda memberi sedikit pengajaran kepada Umno/Bn yang sedang menindas rakyat marhean

Tiada ulasan: