Selasa, 6 April 2010

Perisik Israel Dalam PDRM

Oleh Erapakatan

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara berkenaan telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman, malah Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menamakan sebuah syarikat yang terbabit yang dikatakan berpangkalan di Israel.

Beliau bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat.

Ini, katanya, membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing dan menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

Anwar turut menyindir kerajaan Umno BN kerana mendakwa tidak mengiktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam.

Beliau mendedahkan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd, sebuah syarikat itu milik penuh Asiasoft Pte. Ltd berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberi kerajaan Malaysia iRM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Kecurigaan timbul berikutan peranan ‘individu’ yang membina sistem itu kerana dikenal pasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai pengatur cara atau programmer semasa di Israel, bernama Izhak David Naskar, seorang warganegara Israel.

Izhak adalah ‘pakar’ sistem komputer yang memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel dan bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang lebih mencurigakan kerana bertindak sebagai ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak.

Malah, Ido didakwa masih lagi seorang tentera Israel yang sah.

Tiada ulasan: