Khamis, 1 April 2010

Pengurusan Kes Anwar Saman Khairy 12 Mei Depan

TV SELANGOR

Kes saman fitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditetapkan untuk pengurusan kes akhir pada 12 Mei.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Wan Nursalena Wan Abdullah menetapkan tarikh itu selepas bertemu peguam Anwar, S.Prakash dan A.Sarah Maalini yang mewakili Khairy.

Prakash berkata mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak supaya mengemukakan dokumen bersabit dengan kes itu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk perbicaraan kes saman berkenaan.

Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Sept, 2007 dengan mendakwa bahawa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah memfitnah beliau dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Anwar berkata Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya.

Tiada ulasan: