Isnin, 12 April 2010

Pelan Razif Mungkin Tidak Berjaya

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/razifkhalwat.jpg- Akibat pendedahan penjualan ‘sex toys’ di IPT tempatan.

KUALA TERENGGANU
– Pelan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman untuk menggunakan pelajar beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri ini mungkin terbantut.

Ia adalah akibat pendedahan aktiviti penjualan ‘sex toys’ oleh Amrie Amanah, seorang bekas graduan IPT tempatan.

Satu sumber universiti tempatan memberitahu, Razif bercadang untuk melaksanakan satu program yang dilaporkan melibatkan 5000 pelajar IPT untuk tujuan politik peribadinya.

Sumber tersebut berkata, pelajar akan diangkut keluar untuk berkempen di DUN Seberang Takir bagi menjamin kemenangannya pada pilihanraya akan datang.

Oleh sebab itu, kata sumber itu, Razif hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan kegiatan yang tidak bermoral yang sedang berlaku dikalangan pelajar universiti.

”Sedangkan semua orang tahu apa yang sedang berlaku,”ujar sumber itu lagi.

Menurut sebuah akhbar media perdana berbahasa Inggeris, Razif menolak pendedahan Amrie berkenaan penjualan ‘sex toys’ dan aktiviti pelacuran di pelajar universiti.

Razif turut berkata, walaupun ada jumlah pelajar IPT yang ditangkap khalwat, namun jumlahnya sangat kecil, dan tidak menunjukkan adanya aktiviti penjualan ‘sex toys’.

Justeru, Buletinonline melampirkan satu senarai tangkapan khalwat dikalangan pelajar atau mahasiswa yang pernah dikeluarkan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Sidang bulan Ogos 2008.

Tiada ulasan: