Isnin, 5 April 2010

PAS Selangor Yakin PR Tawan Semula Hulu Selangor


http://buletinonline.net/images/stories/berita24/drhasanMTT.JPGKUALA TERENGGANU – PAS Negeri Selangor telah pun merangka strategi menggembeling seluruh tenaganya bagi menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Hassan Ali berkata, kekuatan PAS menghadapi pilihanraya itu akan ditambah dengan bergabung bersama dua parti sahabat Pakatan Rakyat, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

(Gambar - Dato' Dr Hassan menerima cenderahati dari Pengerusi YAKEP, selepas menyampaikan ceramahnya sempena Sambutan MualidurRasul di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah)

Menurutnya perkara tersebut telah dicapai dalam mesyuarat Perhubungan PAS Selangor yang diadakan beberapa hari lalu.

”Kita dalam PAS dua malam lepas telah mengadakan mesyuarat merangka cara bekerja dan strategi, bagaimana caranya kita menggembeling tenaga parti (PAS), kemudian menggembeling bersama-sama tenaga PKR dan DAP,”jelasnya ketika ditanya bagaimana persiapan PAS Selangor menghadapi pilihanraya terbabit.

Menurutnya, kekuatan tenaga Pakatan Rakyat akan ditambah dengan menggabungkan tenaga petugas tempatan dengan petugas dari negeri-negeri lain.

Beliau berkata, pihaknya telah pun berbincang dan menyelesaikan perkara-perkara penting persiapan pra-pilihanraya itu, sebelum turun ke medan pertempuran yang akan bermula pada 17 April depan.

”Bagaimana kita melihat logistik-logistiknya untuk kita menyelesaikan masalah-masalah, sebelum kita pergi betul-betul ke medan pertempuran,

”kita lihat ‘mood’ sebenarnya, InsyaAllah, menang, kita berusaha dan kita serahkan kepada Allah SWT,”tegasnya dalam sidang media yang diadakan di sini semalam.

Katanya, walaupun pelbagai propaganda yang ditiupkan oleh media arus perdana, tetapi rakyat Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain.

Mereka, katanya, tidak mudah tertipu dengan ‘psy-war’ (perang saraf) Umno dan Barisan Nasional, kerana rakyat Selangor berpendidikan, terdedah dengan internet, industri dan teknologi terkini.

”Kebanyakkan (rakyat Selangor) paling minima ada SPM, (ramai) yang ada Diploma dan Ijazah, dan (mereka) lebih objektif,

”sudah tentu apa yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat (setelah memerintah 2 tahun) menghasilkan sokongan kepada kita,”ujarnya yang juga Exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Tiada ulasan: