Isnin, 19 April 2010

Papan tanda fitnah: AMK buat laporan polis, SPR

Salhan K Ahmad


Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung lapan papan tanda yang didakwanya sebagai fitnah terhadap PKR.

Satu daripadanya menunjukkan foto ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tulisan 'pengkhianat negara' di sebelah logo BN.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut kepada pihak SPR pada kira-kira jam 12 tengahari ini.

Manakala laporan polis pula dibuat oleh ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas itu, Shamsul berkata pihaknya akan menurunkan papan tanda tersebut jika SPR tidak berbuat demikian.

Sementara itu, timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan telah menerima aduan tersebut.

Perbuatan memasang papan tanda seumpama itu, katanya, menyalahi peraturan pilihan raya mengikut seksyen 4 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sehubungan itu, kata Wan Ahmad, pegawai penguatkuasa SPR akan menasihatkan pihak berkenaan supaya menurunkan papan tanda tersebut.

Oleh itu, beliau menasihatkan pihak PKR supaya jangan mengambil tindakan sendiri.

"SPR tahu jalankan tanggungjawab kita. Jangan buat keputusan untuk SPR atau polis," katanya dalam satu sidang akhbar.

Tiada ulasan: