Isnin, 12 April 2010

Palanivel jadi pilihan

SINAR HARIAN ONLINE



SHAH ALAM – MIC hanya mencadangkan nama timbalan presidennya, Datuk G Palanivel kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pemilihan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Naib Presidennya, Datuk M Saravanan bagaimanapun berkata, MIC tetap menyokong mana-mana calon yang bakal diputuskan oleh Najib.

“Palanivel wajar diberi peluang untuk menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 yang turut menyaksikan ramai calon Barisan Nasional (BN) turut kecundang.

“Palanivel hanya kalah dengan majoriti tipis terhadap calon pakatan pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

:Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, Palanivel lebih berpengalaman dalam pilihan raya dan arif dengan kawasan tersebut berbanding orang lain.

“BN akan memenangi kerusi itu dengan majoriti lebih tinggi berdasarkan penerimaan rakyat di kawasan itu,” katanya.

:Dalam pada itu, Ketua MIC Kapar, T Ganesan berkata, sokongan penuh tetap diberikan kepada mana-mana calon yang dipilih Perdana Menteri.

“Kami menerima sesiapa sahaja calon yang dipilih Najib kerana yang penting, rakyat mendapat manfaat sewajarnya,” katanya.

Tiada ulasan: