Rabu, 7 April 2010

Pakatan Rakyat Umum Calon 13 April

TV SELANGOR

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor pada hari Rabu, 13 April.

Pengumuman tersebut dijangkakan dibuat pada Program Pengumuman Calon yang akan dihadiri oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Majlis itu akan diadakan di Pusat Komuniti Serendah, Pekan Serendah bermula pukul 9 malam sehingga 12 tengah malam.

Setiausaha Agung serta Naib-Naib Presiden KEADILAN dan kepimpinan peringkat pusat dan parti dijangka akan juga hadir pada majlis tersebut.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berucap pada ceramah di Bukit Sentosa semalam berkata beliau yakin pucuk pimpinan parti dan Pakatan Rakyat akan mencapai keputusan terbaik bagi memilih calon yang bakal bertanding di Hulu Selangor.

"Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti untuk memiloih calon yang terbaik kerana pengundi Hulu Selangor berhak kepada wakil yang terbaik dari kalangan calon-calon yang tersenarai," kata beliau.


Tiada ulasan: