Ahad, 18 April 2010

Pakatan Rakyat Sarawak Ditubuh Secara Rasmi

TV SELANGOR

SIBU: Pakatan Rakyat hari ini secara rasmi melebar sayapnya ke Sarawak melalui penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman dibuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas semua pihak mencapai mendapat persetujuan melibatkan pimpinan PKR, DAP, PAS dan SNAP.

Keputusan pada mesyuarat tertutup di Sibu yang dihadiri Anwar serta pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian dan seorang Naib Presiden SNAP.

Kata Anwar, penubuhan Pakatan Rakyat Sarawak mendapat persetujuan empat parti berkenaan yang akan menjadi rakan kongsi dalam membawa perubahan politik Bumi Kenyalang itu.

"Dalam mesyuarat hari ini kita bersetuju menubuhkan Pakatan Rakyat di Sarawak. Kita akan umum butiran lanjut dalam masa yang terdekat. Selain itu, kita juga akan meletak calon dari DAP pada pilihan raya kecil Sibu.

"Saya juga akan menghantar surat rasmi kepada SNAP bagi menjemput parti itu menyertai Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Anwar juga berkata Pakatan Rakyat pusat akan membantu jentera pilihan raya kecil di Sibu bagi memastikan kemenangan calonnya.

Tiada ulasan: