Ahad, 18 April 2010

Presiden PAS arah sokongan 100% kepada Zaid

Oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mempersoalkan langkah terbaru Kerajaan Malaysia yang turut sama terikut dengan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat yang berterusan mengenakan sikap “double standards” dalam menguruskan isu pembangunan teknologi nuklear sebagaimana yang disimpulkan dari Nuclear Summit 2010 yang dianjurkan oleh pentadbiran Washington

Malaysia seharusnya mengambil sikap yang sama dengan Republik Turki yang konsisten, berani dan tegas bahawa hak penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan tidak seharusnya diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Apa yang paling dikesalkan ialah Regim Zionis haram Israel yang terbukti telah dan sedang bertindak ganas tanpa batas tamadun manusia pula dibiarkan bermaharajalela dengan mempunyai teknologi nuclear sekian lama tanpa pula dikecam oleh mana-mana pihak di Washington. Inilah yang sebenarnya menjadi punca krisis keamanan dunia di waktu ini.

Apa yang lebih buruk ialah dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia juga telah gagal untuk menyuarakan tekanan kepada Regim Zionis Israel dalam persidangan di Washington itu.

Sehubungan dengan itu juga Perdana Menteri Malaysia mestilah membuat penafian bahawa pernah mengarahkan syarikat petroleum negara Petronas untuk memberhentikan penjualan minyak kepada Republik Islam Iran.

Sekiranya laporan yang dipetik dari sumberberita AFP itu benar, maka amat malanglah bagi rakyat dan umat Islam di Malaysia kerana mempunyai kerajaan yang menjadi pak turut Washington dengan menzalimi keseluruhan rakyat Iran yang tidak berdosa itu.

* Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah President PAS.

Tiada ulasan: