Rabu, 21 April 2010

NST diperintah bayar RM50,000 kepada bekas calon PAS

Harakahdaily

KOTA TINGGI: Mahkamah Sesyen Kota Tinggi memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) membayar RM50,000 kepada bekas calon PAS Dun Tanjung Surat, Pengerang, Johor, Haji Muharam Mohamad, selepas menerima saman beliau terhadap akhbar berkenaan.

Hakim K.K. Nair mengeluarkan perintah itu selepas calon PAS untuk pilihan raya umum 2004 itu berjaya dalam samannya terhadap akhbar berkenaan.

Pada pilihan raya 2004 lalu, akhbar NST telah menyiarkan di muka depannya berita fitnah bertajuk "PAS candidate goes missing".

Berita itu antara lain melaporkan calon PAS itu melalui wakilnya telah menghubungi calon Umno, Harun Abdullah untuk menarik dari sebagai calon.

Ekoran itu, Muharam menyaman NST melalui peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

Tiada ulasan: