Ahad, 18 April 2010

Nama 1Malaysia: TPM ditempelak

MALAYSIA KINI



Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata wabak 'penyakit mulut' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menular apabila dia mendakwa nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep 1Malaysia.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India.

“Muhyiddin menghina kebijaksanaan 65,000 pengundi Hulu Selangor dengan 'sampah' sedemikian.

“Adakah Kamalanathan akan menjawab di kalangan orang ramai jika seseorang memanggilnya “Kamal” atau “Alan”? Tentunya, tidak” katanya dalam ketika berkempen di beberapa kampung di Kuala Kubu Baru hari ini.

Menurut Lim, jika nama Kamalanathan mewakili nama “Kamal”, “Alan” dan “Nathan”, dia sepatutnya mempunyai nama yang lebih panjang dan dipanggil “Kamalalannathan”!

“Calon BN
bagi kerusi Hulu Selangor itu akan menjeling ke arah anda jika dipanggil dengann nama itu,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga mempertikaikan sama ada nama Muhyiddin Yassin layak disifatkan sebagai mencerminkan nama “1Malaysia”.

“Di mana komponen Cina dan India. Bagaimana pula dengan komponen Kadazan dan Iban?” soalnya.

Katanya, semua nama rakyat berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban melambangkan 1Malaysia kerana ia adalah bukti Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa.

“Muhyi
ddin tidak sepatutnya memperkecil-kecilkan nama rakyat, sama ada berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau mana-mana rakyat Malaysia.

“Amat mendukacitakan kenyatan itu datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia kemudiannya dan cuba memperkecilkan kononnya calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai nama 1Malaysia berbanding Kamalanathan,” katanya lagi.

Lim berkata Muhyiddin harus sedar bahawa dia telah menjadikan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dan gurauan yang besar.

Tiada ulasan: