Selasa, 13 April 2010

Nak Melawat, Guna Duit Sendiri

Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menasihati mana-mana pegawai kerajaan negeri yang mahu mengadakan lawatan sambil belajar, harus menggunakan perbelanjaan sendiri dan bukannya menggunakan peruntukan kerajaan negeri.

Hal ini demikian bagi mengelakkan unsur penyelewangan dan pembaziran.

Menjawab pertanyaan lisan pada sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, beliau menegaskan lebih baik melakukan lawatan kerja berbanding lawatan sambil belajar kerana dibimbangi berlakunya penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri.

"Adakalanya mereka yang mengadakan lawatan akan membawa rakan-rakan daripada kakitangan kerajaan dan ahli-ahli politik.

"Alasan yang digunakan adalah untuk sambil belajar, ini tidak memberi kesan positif kepada lawatan tersebut," katanya lagi.

Dalam pada itu, Khalid mencadangkan supaya lawatan sambil belajar digantikan dengan pendekatan lain contohnya melalui penggunaan teknologi komunikasi, umpamanya membuat sidang video bagi menerokai pengetahuan dan maklumat.

Tiada ulasan: