Isnin, 12 April 2010

NAFI: 300 AHLI PKR SERTAI UPKO ?

Laporan : HALIK ZAMAN




KETUA Cabang PKR Beluran, Sipin Bin Kadandi @ Ambrose hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan dan propaganda yang dicanangkan oleh parti UPKO Beluran bahawa seramai 300 orang ahli PKR telah keluar beramai-ramai dan menyertai Barisan Nasional.

UPKO sengaja berbuat demikian demi untuk melemahkan semangat perjuangan ahli- ahli PKR dan juga memandangkan semakin melebar kepercayaan rakyat kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Menurut Sipin, hanya 20 orang sahaja yang berbuat demikian malah sebaliknya Cabang PKR Beluran telah nenerima masuk 400 orang ahli-ahli UMNO menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini. Beliau menyatakan demikian apabila diminta mengulas oleh BIRO Informasi & Komunikasi PKR Negeri mengenai dakwaan yang dibuat oleh parti UPKO.

Sipin menyatakan dengan tegas bahawa cabang PKR Beluran telah sedaya upaya mengadakan beberapa siri penerangan dan pendekatan kepada penduduk setempat dan menerangkan dengan lebih terperinci hala-tuju dan focus utama perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Maka kerana itulah kebanyakan ahli-ahli UMNO telah berpatah arang dengan kepimpinan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau juga menambah, rata-rata ahli UMNO yang keluar itu telah menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kepentingan diri dan kroni-kroni masing-masing daripada mendahulukan keperluan dan kepentingan rakyat jelata.

Maka kerana itulah juga mereka bertekad untuk berjuang di bawah panji-panji Pakatan Rakyat dan akan meneruskan ikrar setia demi perjuangan murni Pakatan Rakyat.

Menjawab satu pertanyaan, Sipin yang juga Ketua Cabang PKR Beluran berkata, " Kini PKR telah begitu mendapat sambutan hangat daripada penduduk Beluran terutama sekali generasi muda yang sangat berminat menyertai PKR Cabang Beluran dan AMK kini sedang giat berusaha mendapatkan seberapa banyak generasi muda menyertai PKR."


Tiada ulasan: