Isnin, 5 April 2010

Murid tahun enam lemas di Langkawi

BERNAMA


LANGKAWI: Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang, Mohamad Firdaus Mohd Yusof 12, mati lemas ketika mandi di laut di hadapan sebuah hotel di Telok Nibong di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, DSP Harith Kam Abdullah, berkata mayat Mohamad Firdaus ditemui orang awam di pantai hotel itu pada kira-kira 7 petang.

"Setelah menjumpai mayat Mohamad Firdaus, orang awam memaklumkannya kepada pengawal hotel itu sebelum membuat laporan polis dan mayatnya dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat Mohamad Firdaus telah dituntut oleh keluarganya pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

Sementara itu, ibu kepada Mohamad Firdaus, Norli Ismail 32, berkata anaknya itu dipercayai keluar bersama rakannya untuk bermain pada kira-kira 1 tengah hari dan beliau tidak menyangka mereka pergi mandi laut.

Tiada ulasan: