Sabtu, 3 April 2010

MIC serah kepada PM pilih calon pilihan raya Hulu Selangor

SINAR HARIAN ONLINE


IPOH - Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Samy berkata, dalam setiap pilihan raya kecil sememangnya terdapat isu pertindihan di mana akan ada beberapa pilihan untuk menjadi calon.

"Jadi saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan...MIC telahpun membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 25 April ini. Banyak kerja telah dijalankan," katanya.

Beliau berkata, maklumat yang dikumpulkan setakat ini jelas menunjukkan sokongan pengundi kepada BN dan calon BN kini mempunyai harapan cerah untuk merampas kembali kerusi itu.

"Pengundi juga telah memberikan isyarat yang bagus setakat ini, selepas jentera kita memasuki kampung-kampung termasuk kawasan Felda...arus pengundi telah kembali kepada BN," katanya.

Tiada ulasan: