Selasa, 27 April 2010

Melayu Felda dan Pedalaman - Masih Terhutang Budi, Termakan Janji dan diugut lagi!


http://buletinonline.net/images/stories/berita25/IMG_5147.JPGKUALA TERENGGANU – Kekalahan calon Pakatan Rakyat, Dato’ Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor adalah kerana pengundi Melayu di Felda dan pedalaman.

Dalam pengundian Ahad lalu, BN telah menang di semua daerah mengundi yang mempunyai majoriti masyarakat Melayu, dimana pegundi Melayu di enam daerah mengundi (yang mempunyai majoriti pengundi Melayu) telah memberikan lebih 60% undi kepada BN.

Enam daerah tersebut adalah Kampong (Felda) Soeharto, (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

(Gambar - Petugas BN berbaju biru itu dilihat mengaturkan segalanya pada hari mengundi. Adakah beliau juga berperanan mengugut para peneroka Felda Sungai Tengi?)

Peningkatan undi dari pengundi Melayu dilihat kerana mereka masih terhutang budi dan termakan janji serta umpan yang ditaburkan oleh BN.

Timbalan Ketua Kontinjen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, yang membantu jentera kempen di daerah mengundi Sungai Tengi menyifatkan BN menang kerana telah berjaya terus menerus memanipulasikan orang-orang Melayu.

Katanya, BN mempengaruhi orang Melayu dengan mengungkit jasa pemimpin, menaburkan umpan barangan dan wang ringgit, menawarkan pelbagai janji pembangunan dan mengugut, orang Melayu akan hilang kemudahan, sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Masyarakat Felda percaya dan yakin dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan membela nasib peneroka dan generasi keduanya, dengan mengimbau sejarah Tun Razak,

”ia dapat dilihat dengan jelas, hanya di Felda sahaja terdapat papan kempen besar yang dipaparkan gambar lama Tun Razak ketika membuka rancangan Felda,”jelasnya.

Antara contoh umpan dan janji pembangunan besar adalah peruntukan RM30 juta untuk projek perumahan di Felda Suharto.

BN berjaya meyakini masyarakat Felda dengan mengadakan majlis perasmian dan pecah tanah projek, walaupun sebenarnya kerajaan Pusat tidak ada kuasa ke atas kelulusan tanah.

“Contohnya, peruntukan RM30 juta untuk projek perumahan di Felda Suharto yang telah dirasmikan majlis pecah tanah tanpa perbincangan dengan kerajaan negeri.

“Peneroka tidak sedar yang mereka telah ‘digula-gulakan’ dan ditipu kerana tidak mendapat maklumat sebenar,” ujar Hanafiah.

Pendapat Hanafiah disokong Al-Ghazali, petugas PAS Terengganu yang turun ke akar umbi sepanjang kempen PRK Hulu Selangor.

Beliau berkata, walaupun sifat terhutang budi kepada Felda dan kerajaan Pusat masih tebal, kempen boleh terus dijalankan sekiranya tiada ugutan yang diancam kepada masyarakat peneroka.

Semasa program ziarah(kempen), bila jmpa orang (peneroka) lama di rumah mereka, memang susah nak kempen, duk kata Felda ni lah (yang) tolong mereka, tapi masih ada peluang jika BN tidak ‘main ugut’,”katanya.

Tiada ulasan: