Sabtu, 17 April 2010

Murugiah kemuka rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan

MALAYSIA TODAY


murugiah1 Oleh Qayum Rahman


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Tribunal Timbang Tara Malaysia (MATE) yang sebelum ini mengesahkan beliau sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP).

"Mahkamah telah membuat keputusan dan mengisytiharkan keputusan MATE tidak efektif selepas permohonan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

"Saya kecewa dengan keputusan itu, saya tidak akan berputus asa dan akan terus merayu ke Mahkamah Rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata, rayuan itu akan difailkan oleh peguam yang mewakilinya, Sreekant Pillai dalam waktu terdekat.

" Saya akan terus memperjuangkan hak saya sehingga berpenghujung kerana saya lihat Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir mampu mendapat keputusan terbaik setelah menfailkan rayuan sehingga ke mahkamah Persekutuan.

"Saya akan mengikut cara Datuk Zambry yang tidak pernah putus asa untuk menegakkan keadilan sehingga hak beliau dapat dikecapi," katanya lagi.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan MATE yang sebelum ini mengesahkan Murugiah sebagai Presiden PPP adalah tidak berkesan.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Datuk Aziah Ali.

Tiada ulasan: