Rabu, 28 April 2010

Kes Dr Asri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam

MALAYSIA KINI



Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memerintahkan supaya kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwah mengajar agama Islam tanpa tauliah dipindah dan dibicara di Shah Alam.

Hakim Syarie Mohamad Adib Husain Adib memutuskan perkara itu selepas menerima permohonan semakan oleh pihak pendakwaan serta membatalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang sebelum ini menolak agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Pada 18 Nov tahun lalu, Mohd Asri, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: