Sabtu, 10 April 2010

Mahkamah tentukan kedudukan Benjy

UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA– Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada penahanan semula pelakon drama, Benjy oleh polis adalah sah atau sebaliknya.

Beliau mengakui pada mulanya berasa serba salah apabila ibu pelakon itu, Azean Irdawaty memintanya agar masuk campur sedangkan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

‘‘Saya pada awal lagi mengatakan bukan tempat saya untuk masuk campur dalam perkara yang sedang dilaksanakan oleh polis.

‘‘Bagaimanapun, hari ini ada hikmahnya apabila mereka telah memfailkan permohonan habeas corpus iaitu membawanya ke mahkamah,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Semalam, Benjy yang ditahan polis untuk siasatan kes dadah, memfailkan permohonan habeas corpus bagi mendapatkan perintah bahawa penahanannya di bawah Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 adalah tidak sah.

Permohonan tersebut dikemukakan oleh Benjy melalui peguamnya, Amer Hamzah Arshad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah di sini pada pukul 12.15 tengah hari.

Tiada ulasan: