Rabu, 14 April 2010

Mahkamah Syariah Tolak Hadap Saiful Atas Qazaf

SUARA KEADILAN

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadapkan Mohd Saiful Bukhari Azlan atas tuduhan qazaf setelah pihak mahkamah menerima bantahan awal ke atas permohonan tersebut.

Keputusan hari ini berdasrkan kepada bantahan awal yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Hakim Mahkamah Syariah Mohd Shukor Sabudin memutuskan bahawa perkara berhubung memulakan atau menghalang pendakwaan adalah di bawah kuasa ketua pendakwaan syarie.

Tiada ulasan: