Jumaat, 9 April 2010

Kuncu Samy Vellu Tunjuk Samseng

SABAH DAILY


Aksi samseng kuncu-kuncu Presiden MIC, S. Samy Vellu membelasah seorang aktivis sosial berbangsa India semasa satu majlis di Bukit Sentosa, Rawang 4 April lalu telah mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu yang kononnya menyokong kaum India.

Mangsa, S.Nadarajah, bekerja sebagai perunding pengurusan memberitahu sidang media di lobi Parlimen hari ini bahawa beliau telah dipukul oleh beberapa individu yang didakwa ada hubungan dengan bekas menteri itu sewaktu menghadiri program di kawasan tersebut.




Mangsa telah pergi ke Taman Bukit Teratai di Bukit Sentosa, Rawang dengan tujuan untuk memberi perkhidmatan sosial telah menyedari terdapat satu perhimpunan yang turut dihadiri oleh S. Samy Vellu disana.

Beliau mengambil kesempatan itu untuk bertanya kepada Samy Vellu berkaitan dengan saham Maika Holding di mana beliau merupakan salah seorang daripada pemegang sahamnya.

"Sebelum sempat saya menerima apa-apa jawapan dari beliau, orang suruhan beliau seramai enam orang telah memukul saya termasuk seorang jurugambar dari akhbar Tamil Nesan.

"Mereka telah memukul anggota badan saya dengan menendang dan menumbuk selain mencubit.

Tindakan pantas mereka menyebabkan saya tidak sempat mengelak dan melakukan apa-apa. Samy Vellu yang berada di situ tidak mengambil apa-apa tindakan menghalang selain berdiam diri, seolah-olah beliau bersubahat dengan kumpulan terbabit.

"Saya kesal dengan pendirian seorang pemimpin parti yang menyokong kaum India tetapi hanya melihat sahaja bangsa yang sama dengannya dipukul dan ini adalah imej yang sebenar Samy Vellu dalam perjuangannya yang dikatakan membela kaum India negara ini," kata Nadarajah.

Hal itu telah menyebabkan penduduk hilang keyakinan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Petaling Jaya oleh mangsa pada hari yang sama. -Erapakatan

Tiada ulasan: