Khamis, 8 April 2010

Kes Dr. Asri sama ada dipindahkan ditentukan 28 April

UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini hari ini menetapkan 28 April ini untuk membuat keputusan sama ada kes tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang dihadapi bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan dibicara di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atau dipindahkan ke sini.

Hakim Mohamad Adib Husain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pihak pendakwa serta peguam yang mewakili Dr. Mohd. Asri.

Permohonan semakan kehakiman itu dibuat oleh pihak pendakwa selepas Mahkamah Rendah Syariah menolak permohonan mereka untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Tiada ulasan: