Joe Fernandez | |||
|
Pemimpin PKR Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan dan presiden Parti Progresif Sabah, Datuk Yong Teck Lee baru-baru ini menuntut siasatan diadakan semula.
Harris melabelkan tuntutan supaya siasatan baru diadakan sebagai “berniat jahat dan bertujuan memalu dan memfitnahkanya secara peribadi.
Razaleigh dilaporkan berkata beliau juga berada di pesawat yang membawa Stephen tetapi diarahkan keluar oleh Harris (yang ketika itu adalah Ketua Menteri) sebelum pesawat itu dijadualkan berlepas.
Menurut Harris, apa yang didakwa itu sebenarnya tidak benar.
Katanya, dua pesawat Nomad dijadualkan berlepas dari Labuan pada waktu yang hampir sama. Sebuah pesawat dijadualkan ke Kudat manakala sebuah lagi ke Kota Kinabalu.
“Penumpang bagi pesawat ke Labuan termasuk Abdul Rahman Yaacob, Razaleigh, diri saya dan beberapa yang lain,” kata Harris dalam satu kenyataan.
Harris bersumpah bahawa Razaleigh tidak dijadualkan terbang bersama Stephens ke Kota Kinabalu tetapi sebaliknya menuju ke Kudat dahulu sebelum ke Pulau Banggi
“Tujuan lawatan adalah supaya Razaleigh menyaksikan sendiri projek ternakan lembu yang pertama di Sabah,” katanya.
Oleh itu, katanya, dakwaan yang Razaleigh diarah keluar dari pesawat malang itu pada saat terakhir adalah satu kesilapan.
7 ulasan:
Apa yang lebih penting perkara ini perlu dibawa berbincang daripada kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.
samada ada niat jahat atau sebaliknya, kes ini tidak perlu lagi siasat, itu permintaan keluarga mangsa. kita kena ambilkira dan hormat dengan permintaan mereka.
@2718: Agree. There is no need to re-open the case. We should respect the wishes of the family and let God be the judge.
@kitakita: Harap2 ia dapat dilaksanakan sebelume masalah lebih besar wujud pada masa akan datang.
Sure, the people wants to know what exactly happen but it will not bring the great leaders coming back to life..re-opening this will end up dead end. besides, witness or suspects are either long pass on or migrated and pass away there..who knows..
What a hypocrite. The person with the most alibi in this case is none other than Harris himself.
The family of deceased are not making any statement yet, but others, such as Yong & Jeffrey has been making so much noise as if their family are the one who perish...i sense that someone want to make this tragedy as their political tools...
Harris should know very well who is involved with the plane crash.
Catat Ulasan