Isnin, 19 April 2010

Hari ketiga: Program kempen di Hulu S'gor

MALAYSIA KINI



Berikut adalah jadual kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini:

11.30 pagi: Calon Bebas VS Chandran mengadakan sidang akhbar di Kuala Kubu Baru. Beliau dijangka menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

11.50 pagi: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Akin buat laporan mengenai salahlaku pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk mengenai kain rentang yang didakwa berunsur fitnah serta gambar yang diubahsuai menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim minum alkohol.

1.15 thr: Calon Bebas VS Chandran memproses dokumen untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

2.00 thr: Timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan pengguna, Datuk Tan Lion Hoe menghadiri majlis memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Desa Anggerik, Serendah.

5 petang: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Datuk Zaid Ibrahim hadiri jamuan teh dengan pemimpin wanita di pusat operasi di Kuala Kubu Baru.

Tiada ulasan: