Isnin, 12 April 2010

Dr Mariah turut buat laporan polis isu APCO

Harakahdaily


KLANG: Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mengetuai rombongan Sekretariat Parlimen Kota Raja serta Dewan Pemuda PAS Kota Raja telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis daerah di sini, semalam berhubung APCO Worldwide Sdn Bhd.

Beliau meminta pihak polis melakukan satu siasatan terperinci terhadap syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia.

Ini berkaitan satu perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dan APCO Worldwide Sdn Bhd yang beralamat di Level 21 - Suite 21.01, The Garden South Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur bagi satu perjanjian perkhidmatan iaitu "to provide services public relation, daily management and government relation outreach for government in United States".

Dokumen perjanjian tersebut telah dimeterai pada 24 Ogos 2009 di mana salinan letter of acceptance yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bertarikh 15 Julai 2009 juga dilampirkan oleh Dr Mariah.

Jumaat lepas, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali juga membuat laporan berhubung perkara yang sama di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: