Selasa, 6 April 2010

GPMS buat laporan polis terhadap Karpal Singh

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh (gambar) berhubung kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Presiden GPMS Jais Abd Karim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada kira-kira 10.15 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, katanya kenyataan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu, seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu semalam jelas bertujuan menghuru-harakan keadaan dan boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

“Jadi kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah kami membuat laporan polis dan mahukan perkara ini disiasat di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Tiada ulasan: