Khamis, 8 April 2010

Facebook jadi medan kempen Hulu Selangor

KL POS.COM


Laman sosial Facebook tidak terkecuali digunakan sebagai alat berkempen parti dalam mengumpulkan maklumat dan meraih undi.

Pendekatan itu dikesan Sinar Harian digunakan seorang penggiat politik dan juga blogger terkenal dengan memberikan tawaran tuntutan kewangan jika pulang mengundi terutamanya Pilihan raya Kecil Hulu Selangor.

Tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan itu dibuat bagi membeli jiwa pengundi agar mereka memberikan undi kepada parti yang menaja mereka pulang.

Paparan terbarunya menyebut: "Kepada mereka yang mengundi di Hulu Selangor tetapi berada di luar Selangor, jika ingin membuat tuntutan perjalanan pergi mengundi pada 25hb April 2010, Please inbox dengan saya."

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mengenainya.

Katanya, disiasat secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan tiada pihak lain yang menawarkan tuntutan itu bagi memburukkan parti politik lain.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mustafar Ali ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut sekiranya terdapat maklumat dan laporan dibuat mengenainya.

“Kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan kerana SPRM perlu meneliti dan menyiasatnya terlebih dahulu,” katanya.

Tiada ulasan: