Sabtu, 24 April 2010

Taktik Kotor BN Bersama SPR?

DETIK DAILY

Tindakan BN yang menyerang peribadi calon KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor disifatkan 'senjata makan tuan'. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggung jawab memantau kempen pilihan raya tidak mempunyai garis panduan yang jelas mengenai perkara tersebut. Sikap tidak 'enak' BN ini antara yang disuarakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Ikuti temubual Wartawan Harakah, NYZA AYOB bersama beliau di lobi Parlimen pada 22 April lalu.

WARTAWAN- Taktik kotor SPR sewaktu Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini dapat dilihat apabila bertindak memindahkan 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh ke kawasan Parlimen Selayang. SPR juga memindahkan 14,000 pengundi yang mencetuskan masalah kepada para pengundi. Apakah sikap SPR ini benar-benar melambangkan sikap profesional sebauh badan yang dipertanggungjawab pada sesuatu pilihan raya?

SALAHUDIN AYUB- Saya rasa ini merupakan satu modus operandi yang disengajakan. SPR seperti biasa menunjukkan sikap yang mengecewakan apabila tidak menjawab secara bertanggung jawab isu penambahan pengundi yang begitu ketara serta perubahan tempat mengundi yang saya anggap satu perkara yang menyukarkan rakyat untuk proses mengundi. Sebagaimana biasa, kita tidak boleh mengharap suatu jaminan yang meyakinkan daripada SPR untuk menyelesaikan isu ini. Dan saya merasakan kesinambungan apa yang berlaku di Bagan Pinang, dalam pilihan raya kecil yang lalu tetap dirasai dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini. Saya lihat pembaharuan yang menyeluruh perlu dilihat jika kita ingin melihat kembali pada padang permainan yang sama rata dengan tidak banyak bergantung keapda apa yang dilakukan SPR. Jadi kita mengajak rakyat melakukan satu iltizam politik untuk mengubah struktur ini serta membuat reformasi sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat pada pilihan raya masa akan datang.

-Jadi alasan SPR memindahkan 228 pengundi itu hanya satu helah yang akan memberi manfaat kepada BN?

-Persempadanan semula tidak wujud dan tidak dibentang lagi dalam Parlimen kerana ia melibatkan kawasan parlimen. hujah SPR itu kit tidak boleh terima sama sekali. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, perkara ini berlaku begitu ketara sewaktu pilihan raya kecil ini. Memang kita lihat tindakan SPR ini merupakan satu dorongan yang amat nyata bagi memenangkan BN.

-Propaganda media BN sepanjang kempen ini menyerang peribadi calon KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim. Apakah taktik tidak bermaruah itu juga boleh mempengaruhi pengundi?

Saya telah banyak kali terlibat dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum. penglibatan saya hampir 30 tahun dalam politik ini saya tidak nampak isu-isu yang terlalu peribadi ini menjadi begitu penting kepada pengundi dalam menentukan sikap mereka. Apa yang dilakukan BN ini boleh kita sifatkan 'makan tuan'. Sebagai contoh isu minuman keras. adakah BN boleh meyakinkan kita tidak ada di antara mereka yang minum arak sedangkan telah didedahkan PM yang terdahulu pun terlibat dengan minuman alkohol ini. Saya rasa apabila BN memainkan isu ini, ia hanya 'senjata makan tuan'. Dato' Zaid sendiri mengaku apa yang berlaku itu merupakan kisah lampaunya. Dan apabila dia telah bersama dengan Pakatan Rakyat, dia telah mengubah segalanya. Jadi apa yang berlaku adalah kisah lampaunya. Dan di sini jelas Pakatan Rakyat telah memberi ruang untuk Dato' Zaid berubah dan menempuh masa depan yang lebih baik. Sedangkan sewaktu Dato' Zaid bersama mereka dan perkata itu berlaku sewaktu mereka dahulu, mereka hanya mendiamkan diri dan tidak kisah pun. Itu sikap mereka yagn double standart.

-Adakah terdapat dalam peraturan pilihan raya mengenai serangan ke atas peribadi calon?

Menyerang terlalu peribadi kita tidak pernah amalkan. Banyak pihak mengatakan Pakatan Rakyat juga menyerang peribadi calon seperti Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Keadaan tersebut berbeza kerana ia melibatkan keterlibatan beliau sebagai calon yang terlibat dalam CBT (criminal breach of trust) CBT ini sangat serius kerana melibatkan integriti pemimpin. Tidak boleh seseorang itu memimpin jika mempunyai CBT. Dan apa yang berlaku pada Dato' Zaid tidak patut berlaku pada mana-mana pilihan raya.

-Ini bermakna tidak ada garis panduan yang jelas daripada SPR mengenai serangan peribadi ke atas calon ini?

Tidak ada garis panduan yang jelas daripada SPR sendiri. Dan kebanyakannya jika terdapat poster-poster kita yang mengetengahkan perkara yang dianggap peribadi, mereka akan mengambil tindakan. Mungkin SPR boleh gariskan satu panduan pada masa akan datang apa isu yang dianggap terlalu peribadi dan lebih bertanggung jawab apa yang dikatakan isu yang terlalu peribadi dan mana-mana isu yang bersangkut dengan integriti. Isu integriti, wibawa calon adalah satu perkara lain. Isu peribadi itu harus diterjemahkan dengan betul. SPR boleh membuat garis panduan tersebut.

-Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor tidak terkecuali dijadikan medan untuk BN mempergunakan sepenuhnya jentera kerajaan sebagaimana dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Kita difahamkan ada 3,000 SB 'berkeliaran' di Hulu Selangor. Apa kepentingannya? Adakah mereka digunakan untuk kepentingan BN? adakah mereka digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi-pengundi? Adakah mereka digunakan untuk mengugut atau berkempen untuk BN? kenapa perlu pasukan SB yang begitu ramai? kita melihat dalam mana-mana pilihan raya, tidak perlu SB yang begitu ramai

-Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menganggap BN perlu menang dalam pilihan raya ini sebagai bukti MEB dan dan gagasan Satu Malaysianya diterima rakyat. Apa respons YB?

Ia satu pilihan raya kecil yang berlaku pada masa ini. Semua parti boleh mendakwa ini sebagai kayu ukur untuk menilai prestasi masing-masing. Bagi Pakatan Rakyat pun kita melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu dapat membantu dan meyakinkan rakyat. Bagi pihak Najib tentunya dia mengharapkan slogan Satu Malaysia dapat menunjukkan sejauh mana keberkesanan gagasan yang dibawanya. Saya melihat lebih jauh daripada itu sekiranya rakyat sedar dan mendapat maklumat secukupnya serta media memberi peluang kepada kita untuk bersuara sebagaimana yang dimiliki Najib, saya rasa saya boleh bersetuju sesuatu gagasan itu boleh mengukur. Tetapi dalam keadaan berat sebelah seperti ini, kita tidak boleh menggunakan media arus perdana, kita tidak boleh televisyen dan hanya bergantung pada media rasmi kita sahaja, itu kita tidak dapat jadikan satu ukuran yang tepat. Tetapi jika padang permainan itu sama rata, mungkin kita dapat membuat satu andaian sama ada kejayaan atau kekalahan sesuatu parti itu.

Kita juga lihat Najib turun padang dalam kempen kali ini.Mungkin dia bimbang dengan krisis yang berlaku terutama krisis dalaman MIC serta kumpulan Palanevel dan Kamalanathan telah menyebabkan berlaku perpecahan serius dalam MIC. Dan mungkin Najib turun bagi meyakinkan pengundi Melayu. Kita lihat hampair 2,000 undi rosak dalam pilihan raya umum yang lalu. Ketiga-tiga Dun itu jika dicampur memang BN boleh menang. Jadi inilah yang Najib fokuskan untuk meyakinkan pengundi Melayu untuk mengundi calon BN ini. Jadi saya rasa diatas keselesaan dan ketidak yakinan untuk menang, maka beliau turun sendiri untuk membantu kemenangan BN dalam pilihan raya ini. Pakatan Rakyat yakin dan percaya isu- isu yang kita bawa kepada rakyat khususnya serta kejayaan kita tunjukkan seperti pemberian air percuma kepada rakyat, bantuan untuk pelajar-pelajar berjaya ke IPT serta bantuan kepada warga emas dan armalah dapat dimanfaatkan untuk rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka.

-Bagaimana komitmen yang diberikan sepanjang kempen pilihan raya?

PAS telah memberikan komitmen yang bersepadu dalam membantu jentera KeADILan.
PAS telah membuktikan dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini kita telah menolak dakwaan yang kita tidak senang dengan Dato' Zaid. PAS menyokong beliau sebagai calon sejak hari pertama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi turun. Begitu juga sokongan daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunjukkan PAS memang memberi sokongan padu. Dan pada hari-hari terakhir kempen PAS telah meningkatkan bilangan jentera unntuk memaksima peranan kita terhadap pakatan rakyat dan menunjukkan PASkomited.

Tiada ulasan: