Isnin, 19 April 2010

DAP kepada MCA: Tarik diri dari kempen!

|MERDEKA REVIEW



Naib Setiausaha Penerangan DAP, Teo Nie Ching meminta agar MCA memberi penjelasan - Mengapa menyokong Zaid Ibrahim untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada seketika dahulu, tetapi kini pula berhempas pulas untuk menyingkirkan suara hati dalam arena politik ini?

Pada 12 September 2008, ketika Teresa Kok (EXCO Senior Selangor), Raja Petra Kamaruddin (blogger) dan Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily) ditangkap di bawah ISA, pimpinan MCA ketika itu seperti Chua Soi Lek (kini Presiden), Donald Lim Siang Chai (kini Naib Presiden), Gan Peng Sieu (kini Naib Presiden) telah tampil ke depan, dan dengan lantangnya bersuara untuk keadilan, menyatakan sokongan kepada pendirian Zaid Ibrahim untuk memansuhkan ISA.

Menurut laporan media, tiga orang pemimpin ini menyatakan pendirian untuk berganding bahu bersama Zaid Ibrahim pada 16 September 2008:

"Keadilan itu melewati kepartian, penahanan tanpa bicara adalah tidak adil, BN harus mengarahkan agar ISA dimansuhkan." (Blog peribadi Chua Soi Lek pada 16 September 2008)

"Saya menggesa agar kerajaan mengkaji dan memansuhkan ISA dengan segera, malah saya menyokong dan memuji pendirian Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, iaitu menggesa agar kerajaan membebaskan Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin, dan menggunakan saluran perundangan yang lain untuk menyelesaikan kes ini. (Donald Lim, laporan Malaysiakini, 16 September 2008)

"Pemuda MCA akan menyokong sepenuhnya pendirian Zaid Ibrahim dalam isu ISA, malah menyeru agar pihak berkenaan mengkaji semua undang-undang preemption." (Gan Peng Sieu, laporan Sinchew Daily, 16 September 2008)

Teo Nie Ching (ganbar kiri) menggesa agar pemimpin MCA memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam - Mengapa mereka menyokong sepenuhnya Zaid Ibrahim pada ketika itu, namun kini pula mengerah tenaga ahli MCA di Hulu Selangor, untuk menyokong calon MIC yang mengangguk kepada ISA, dan bermusuhan dengan Zaid Ibrahim?

Teo Nie Ching menegaskan, seandainya Chua Soi Lek, Donald Lim dan Gan Ping Sieu gagal memberi penjelasan dalam masa 48 jam, maka MCA seharusnya menarik diri tanpa syarat dari kempen untuk BN, keluar dari Hulu Selangor, untuk membuktikan bahawa pendirian MCA dalam pemansuhan ISA dan sokongan terhadap Zaid Ibrahim berkekalan!

*Teo Nie Ching ialah Naib Setiausaha Penerangan DAP merangkap ahli parlimen Serdang. Diterjemah dari kenyataan asal dalam bahasa Cina.

Tiada ulasan: