Isnin, 26 April 2010

BN Menang Guna Takti Kotor

FREE MALAYSIA TODAY


kamala risehand Keputusan Rasmi:BN 24,997 PKR 23,272 Majoriti 1,725

Oleh Staff FMT

Kuala kubu Bharu- Barisan Nasional(BN) didakwa memenangi pilihan raya Hulu Selangor berikutan menggunakan penghundi hantu dan juga menabur duit merasuah para pengundi untuk membeli undi bagi memberi kemenangan pada BN.

Kehadiran awal perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga jelas menunjukan bahawa BN telah mengetahui bahawa Calon mereka P Kamalanathan akan memenangi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor kali ini.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat(PR) tidak berpuas hati dengan keputusan kemenangan BN kerana BN diwar-warkan telah mengetahui keputusan awal sebelum habis pengundian.

Kemenangan BN 24,997 undi berbanding PKR 23,272 dengan kemenangan majoriti sebanyak 1725 menjadi tanda tanya kepada umum kerana kelihatan beberapa bas membawa pengundi hantu turut didakwa hadir membantu memberi kemenangan pada BN di Hulu Selangor.

BN juga menabur pelbagai rasuah kepada pengundi dengan memberi wang diantara RM 200 sehingga RM 1000 kepada setiap pengundi bagi memilih BN pada pilihan raya Hulu selangor kali ini yang mempunyai banyak penyelewengan memperalatkan jentera kerajaan pusat.

Unsur-unsur penyelewengan oleh SRP memberi kesan baik pada BN seperti pengundi ditukarkan ke tempat yang jauh dan data-data pengundi diubah suai.

Penduduk yang dikenali sebagai Mohd Saifullah Abd Rahim menyatakan pilihan raya di Hulu Selangor jelas ketara bahawa BN membeli rakyat untuk menyokong dengan memberi kepelbagaian habuan termasuklah kepada Orang Asli dan golongan peneroka Felda.

Penyokong PKR, Razman Zailani berkata, BN menyeleweng pengundian di Hulu Selangor dengan mewujudkan pengundi hantu dan juga terus memberi rasuah kepada rakyat yang tidak tahu malu dan tidak mengetahui tujuan sebenar BN kelak.

" Saya pasti kemenangan BN adalah hasil pembohongan undi dan juga merasuah rakyat.

" Saya percaya rakyat di Hulu Selangor akan menyesal memilih BN kerana BN adalah parti yang membeli rakyat dan bukannya dari keinginan hati rakyat sendiri," katanya yang kesal dengan kemenangan BN.

Sementara itu, penahanan Badrul Hisham Shaharin( Chegu Bard ) bersama 5 lagi anggota PKR di balai polis Serendah awal pagi tanpa sebab menunjukkan polis berkompromi bersama BN .

Penahan itu mencerminkan polis bersikap tidak adil dan berusaha untuk menakutkan pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat(PR) sehingga menyebabkan kemenangan istimewa pada BN.

Dua hari lalu, Chegu Bard juga telah ditahan kerana disalahkan tidak memberi kerjasama pada polis ketika menjalankan aktiviti kempen di pilihan raya Hulu Selangor.

Kemenangan majoriti 1,725 atau kurang dari 10 peratus jumlah undi menunjukkan Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan padu dari penduduk Hulu Selangor walaupun PR tidak menggunakan taktik kotor seperti BN.

Tiada ulasan: