Selasa, 13 April 2010

Balasubramaniam Diminta Tampil Segera - SPRM

MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meminta penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam tampil memberi keterangan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu hampir empat tahun lalu.

Balasubramaniam yang merupakan saksi kes tersebut, diarahkan oleh SPRM agar hadir bagi membolehkan pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan dengan cepat.

SPRM dalam satu kenyataan di sini berkata, kegagalan saksi berbuat demikian boleh mengakibatkan siasatan terus tergendala dan sukar diselesaikan segera.

"Setakat ini, kenyataan semua saksi termasuk Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Nazim Tun Razak telah pun diambil," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, seandainya benar dakwaan Balasubramaniam kini berada di luar negara SPRM bersedia merakamkan kenyataannya di mana-mana lokasi pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit.

Tiada ulasan: