Jumaat, 9 April 2010

APCO Worldwide - Adakan Undi Belah Bahagi Di Parlimen



KUALA TERENGGANU - Undi belah bahagi bagi membincangkan isu APCO Wordwide mesti diadakan di Parlimen bagi menyatakan sikap terhadap isu yang boleh mengancam keselamatan Negara itu.

“Pakatan Rakyat mencadangkan supaya diadakan undi belah bahagi di Parlimen untuk menyatakan sikap kita (ahli Parlimen) yang terbuka supaya wang rakyat tidak disalahgunakan sewenang-wenangnya bagi kepentingan satu syarikat yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

“Satu syarikat komunikasi yang dikaitkan APCO Wordwide dan merupakan satu syarikat yang dipengaruhi oleh Zionis dan Mossad yang dianggap boleh mengancam keselamatan negara serta mendedahkan kepentingan rakyat,” tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media ketika Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, Rabu, 7 April

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan meski pun komunikasi ini satu bidang sahaja tetapi termasuk dalam agenda ‘OneMalaysia’ yang dikemukakan oleh kerajaan.

Bahkan, katanya perkara tersebut dianggap serius oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat serta meminta undi belah bahagi dibuat di Parlimen.

Sebelum ini, isu tersebut didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tentang penglibatan syarikat berpengkalan di Israel bagi menaiktaraf system komunikasi analog Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sistem digital.

Programmer dari Agensi Perisikan Israel (ISA) terbabit iaitu Izhak David Naskar (pemenang anugerah Kementerian Pertahanan Israel) dan Ido Sccheschter (masih berkhidmat sebagai tentera kor-risik Israel).

Tiada ulasan: