Khamis, 15 April 2010

Amrie Tampil Memberi Keterangan Kepada Polis

Wartawan Buletin


http://buletinonline.net/images/stories/berita24/IMG_4647b.JPGKUALA TERENGGANU – Amrie Amanah, 28, bekas graduan sebuah universiti tempatan yang mendakwa terdapat penjualan ‘alatan seks’ dikalangan pelajar pusat pengajian tinggi berkenaan telah tampil memberi kenyataan kepada polis semalam.

Beliau memasuki balai polis Kuala Terengganu bersama seorang lagi rakannya yang juga lepasan pelajar universiti yang sama, Wan Azmi Wan Ismail, sekitar jam 11.15 pagi.

Walaupun pada awalnya, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu K.Manoharan memaklumkan, percakapannya dengan Amrie hanya menghasilkan bukti-bukti yang lemah, namun Amrie telah ‘ditahan’ untuk memberi keterangan selama lebih 3 jam.

Dengan itu, polis akan menjalankan siasatan atas kenyataan Amrie yang sebelum ini didedahkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

Sabtu lalu 10 April, Amrie mendakwa kegiatan penjualan alatan seks dikalangan pelajar universiti juga membatitkan aktiviti maksiat dan pelacuran.

”Sorang pelajar senior yang mempunyai rangakaian dengan universiti lain di Pantai Timur juga boleh mengatur seorang ‘teman seksual’,”katanya.

Beliau mengetahui kegiatan menjual alatan seks tersebut sejak dua tahun lalu, namun tidak mendedahkannya kerana beliau masih seorang pelajar ketika itu.

Pendedahan Amrie telah menjadi isu nasional apabila Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin ketika mengulas pendedahan Amrie berharap pihak universiti tidak menyembunyikan apa-apa.

Sebelum itu, Exco dan Timbalan Exco Pelajaran negeri Terengganu telah ‘bercanggah; pendapat berkenaan kegiatan yang tidak bermoral tersebut dikalangan pelajar iniversiti tempatan.

Zawawi Ismail, yang juga ADUN Kuala Berang mengatakan beliau mendapat maklumat tentang kegiatan ‘seks’ dikalangan pelajar universiti, namun tidak menyangka ia berlaku seburuk itu.

Zawawi turut mencadangkan supaya pihak universiti mengambil tindakan dan ‘membuang’ pelajar yang didapati terlibat dengan aktivit berkenaan.

Kontra dengan itu, Razif Abdul Rahman yang juga ADUN Seberang Takir menolak dakwaan Amrie dan menegaskan tiada sebarang aktiviti seumpama itu yang berlaku dikalangan pelajar universiti.

Razif turut mendakwa hanya segelintir sahaja pelajar yang ditangkap berkhalwat.

Oleh yang demikian, tampilnya Amrie memberi keterangan, akan memberi ‘lorong’ kepada pihak polis untuk membongkar kegiatan yang dididalangi oleh didalangi oleh seorang pelajar yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan sebuah parti politik.

Pelajar yang dimaksudkan telah berada dan belajar diuniversiti terbabit selama 7 tahun tahun dan dipati sering gagal dan bertukar-tukar pengajian.

”Masuk semester yang baru ini, dia akan masuk semester satu semula,”jelas Amrie ketika ditemui Buletinonline.

Tiada ulasan: