Sabtu, 3 April 2010

AMK PKR SABAH CALON SHAMSUL CALON PKR


Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat (Sabah) sebulat suara memutuskan untuk mencadangkan Ketua AMK PKR Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai calon pilihanraya kecil Hulu Selangor.

“Kita menaruh harapan yang tinggi agar Presiden Parti memperkenankan hasrat kita demi kesinambungan perjuangan Angkatan Muda PKR di persada politik tanah air,” ujar Ketua AMK PKR Sabah, Haji Abdul Razak Jamil.

Kata Razak, tiba masanya Ketua AMK Malaysia diuji dalam pilihanraya kecil sebagai persediaan memimpin sayap parti untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13.

“Shamsul telah memiliki ciri-ciri yang dikehendaki pucuk pimpinan parti dan berani menentang kezaliman terutama menepis fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegas Razak yang mendapat mandat daripada seluruh jawatankuasa pemuda PKR Sabah.

Bagaimanapun, keputusan muktamad terletak di tangan Presiden Parti dan AMK Sabah akan menyokong siapa juga yang dicalonkan menentang calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut kerana yakin para pengundi akan memperbaharui kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: