Selasa, 2 Mac 2010

Wanita muda dijangkiti H1N1 meninggal di HUSM

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 22 tahun mati Ahad lepas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan kerana jangkitan Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wanita itu dimasukkan ke HUSM pada 15 Februari lepas kerana mengalami demam dan batuk selama lapan hari.

Mangsa telah mendapat rawatan di klinik swasta dan dirujuk terus ke HUSM pada hari yang sama.

Wanita itu disahkan sebagai dijangkiti jangkitan H1N1 pada 16 Februari dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi jangkitan paru-paru keesokan hari.

"Pesakit meninggal dunia dua minggu kemudian dengan penyebab kematian dicatatkan sebagai ‘septicemic shock with acute respiratory distress syndrome secondary to H1N1 infection’,” kata Tiong Lai dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, angka kematian tempatan akibat H1N1 ialah 77.

Beliau berkata, walaupun jangkitan H1N1 dikatakan sebagai ”secondary" dan penularannya masih rendah namun ia boleh menyebabkan kematian jika rawatan awal tidak diambil.

Tiada ulasan: