Sabtu, 6 Mac 2010

Wanita engkar arahan ketua tangguh AGM

BERNAMA



Mesyuarat agung tahunan (AGM) Wanita MCA sedang berlangsung di Wisma MCA pagi ini di sebalik arahan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun supaya mesyuarat itu ditangguhkan.

Terdahulu, speaker mesyuarat itu, Ooi Siew Kim mengumumkan AGM ditangguhkan dan keluar dari Dewan San Choon lima minit selepas mesyuarat bermula kira-kira 9 pagi.

Beliau memberitahu para perwakilan yang beliau telah menerima surat arahan daripada Chew tengah malam semalam supaya menangguhkan AGM.

Disebalik pengumuman oleh Ooi, kira-kira 350 perwakilan Wanita tetap tidak berganjak dari dewan.

Para perwakilan kemudian melantik Ketua Wanita Kelana Jaya Ong Chong Swen sebagai speaker yang baru pada 9.15 pagi, yang kemudian mempengerusikan mesyuarat itu.

Semalam, Majlis Eksekutif Wanita memutuskan untuk menangguhkan AGM ekoran tindakan 21 anggota jawatankuasa pusat (CC) meletakkan jawatan bagi memberi laluan bagi pemilihan baru parti.

Perkara 36, perlembagaan parti menetapkan AGM adalah sah sekiranya mempunyai
kuorum minimum 200 perwakilan.

Ketika AGM itu berlangsung, Chew mengadakan sidang akhbar di sebuah restoran berdekatan.


Tiada ulasan: